Di dalam hidupku, aku pergi ke Perbarisan Hari Kebangsaan hanya sekali-apabila aku berumur 2 tahun. Pada masa itu, aku tidak memahami apa-apa kerana aku masih bayi. Baru hari sabtu yang lalu, aku pergi untuk NE Show. 19 July. Hari yang tidak dapat dilupakan. Walaupun ia bukan hari kebangsaan yang betul, ia sama seperti hari kebangsaan. Ada perkara yang aku suka dan tidak suka.
Aku sampai sekolah pada pukul 1:15 petang. Apabila kami sampai di sekolah, kami harusduduk di kelas-kelas masing-masing. Pada pukul 2, kami membawa 'funpack' dari Cyber Cove. Di dalam funpack tersebut ada banyak benda seperti majalah KidsCompany, topi NDP, bendera Singapura, dan banyak lagi. Dia dalam funpack tersebut juga ada makanan seperti ayam dari KFC dan Roti Coklat Gardenia. Kami keluar dari sekolah dengan menaiki bas awam pada pukul 2:30 petang. Kami harus ada seorang kawan untuk hari itu. Kawanku ialah Afiffah. Apabila aku berada di dalam bas, aku duduk di sebelah Afiffah. Aku berasa amat bosan pada waktu itu, jadi aku mengeluarkan telefon bimbitku dan mulai mendengar lagu. Perjalanan dari sekolah ke Marina Bay hampir sejam. Kami sampai di sana pada pukul 3:30 petang. Apabila kami sampai, kami berjalan di bawah Esplanade kerana ia hujan. Aku sempat ambil gambarnya.
Kami duduk di sebelah kanan stadium itu. Nampaknya seperti kami adalah sekolah yang pertama untuk sampai di sana. Apabila tempat-tempat duduk yang lain kosong, aku sempat mengambil gambar 'Singapore Flyer'.
Cantik, bukan?
Persembahan bermula pada pukul 5 30 petang. Aku amat gembira kerana di sana ada ramai selebriti seperti Huda Ali, Adrian Pang, dan Hady Mirza!
Lagu 'Shine for Singapore' yang dinyanyi oleh Hady Mirza amat merdu. Pada masa itu, cuaca ialah hujan, dan akmi harus memakai poncho yang diberikan.
Sudahpun tiba waktu malam. Apa yang aku paling suka tentang NE Show ini ialah bunga api.
BUNGA API ITU AMAT CANTIK!!
Selepas itu, mungkin pada pukul 8 30 malam, kami harus pulang. Kami juga pulang dengan menaiki bas awam tadi. Apabila aku ingin menonton video-video dan mendengar lagu yang di ambil tadi, aku terkejut apabila bateri aku hampir habis! aku sempat mendengar 3 lagu-Cinta Semu dari Tofu, Jangan Sampai terlambat dari Sleeq dan juga 'setback' dari Sleeq. Terus,bateri aku sudah mati.
PELANGI AINUL
9:18 PTG
YSELAMAT DATANG!!
-♥Anda berada di blog Ainul. Selamat membaca!
Ybb2008-mardiyah.blogspot.com
NAMA♥ Ainul Mardiyah
NAMA MANJA♥ Mardiyah
SEKOLAH♥ Ren Si Ling
DARJAH♥ 5-K/P11
TARIKH LAHIR♥ 180697
UNTUK PERKARA LEBIH LANJUT♥♥Aku♥
EMEL♥gal_mariah1806@hotmail.com(MSN)mardiyah_1806@hotmail.com(BLOG)
YAku Mahu..
*♥~Beg Adidas!
*♥~Kasut Nike & Adidas!
*♥~Mendapt markah baik utk peperiksaan!
*♥Pergi ke menengah FSS(Fuchun) atau WGS(Woodgrove)!
*♥Menjadi Penghias Dalaman!